Ayam

Resepi Ayam Masak Kicap Stail Kedai Mamak

resepi-ayam-masak-kicap-stail-kedai-mamak

Atin tak berapa suka masak kicap biasa. Rasa bosan sangat yang tu. Yang stail mamak ni atin suka. Dia cukup 3 rasa. Lepas tu rasa kari sikit. Rasa kunyit skit. Cuba laaa. Bessst sangat. Rasanya lebih best dari kari masak kicap kedai mamak.

Resepi Ayam Masak Kicap Stail Kedai Mamak

Bahan-Bahan:

Bahan Perap Ayam –

Ayam
Serbuk kunyit – sekadarnya
Serbuk cili
Halia – tumbuk
Bawang putih – tumbuk
Kicap manis
Kicap masin

Bahan Masak Kicap –

Kulit kayu manis
Bunga lawang
Bawang putih – cincang
Bawang merah – cincang
Halia – cincang
Lada kering – potong kecil
Daun kari
Hirisan tomato – 1 biji

Cara-Caranya:

1. Perap ayam menggunakan bahan-bahan disebutkan. Kicap kena pandai bahagikan sebaiknya agar rasa dah cukup. Kicap lebihkan sebab tak tambah dah kicap lain masa masak nanti. Pastikan serbuk kunyit tak terlalu banyak. Atin guna serbuk parprika sebab takde serbuk cili.

2. Tumis kulit kayu manis dan bunga lawang sampai naik bau. Masukkan bawang putih, bawang mewah dan halia yang dicincang tadi.

Cuba Resepi Ni:  Ayam Masak Halia Menu Berpantang Orang Cina

3. Seteleh layu, masukkan cili kering dan daun kari. Atin guna lada besar dan serbuk kari sebab takde bahan tu. Setelah layu, masukkan hirisan tomato.

4. Kemudian masukkan ayam perapan tadi dan tutup kuali biar masak sekata. Kacau sebati sehingga masak. Rasa terlebih dahulu samada cukup masin manis dan masam. Lepas tu boleh angkat.

Resepi Ayam Masak Kicap Stail Kedai Mamak

Resepi Oleh: Fatin Pauzi