Manisan, Puding

Resepi Puding Keju Karamel

resepi-puding-keju-karamel

Resepi Puding Keju Karamel

Bahan-Bahan:

Bahan Karamel –

3 sudu besar gula

Bahan Puding –

4 biji telur
1 tin susu cair
4 sudu besar susu pekat manis
100gm cream cheese
80ml whipping cream
1/2 sudu besar sunquick
1 sudu teh esen vanila
1sudu teh tepung kastad

Cara Membuat:

Karamel –

1. Masukkan gula ke dalam kuali dan panaskan hingga gula cair dan bertukar warna perang keemasan, jangan sampai hangus.

2. Masukkan gula yang cair tadi (karamel) ke dalam loyang atau bekas adunan kesukaan anda.

3. Ratakan dan sejukkan. Ketepikan.

Puding –

4. Cairkan cream cheese dan susu cair hingga cream cheese cair sepenuhnya dengan kaedah double boiler. Biar suam seketika.

5. Satukan telur, susu pekat manis, whipping cream, sunquick, esen vanila dan tepung kastad dalam adunan cream cheese tadi. Gaul sekata. Jangan sampai berbuih.

6. Tapis adunan ke dalam loyang karamel tadi. Bakar secara water bath selama 40 minit atau sehingga masak pada suhu 160c. Untuk elak permukaan puding hangit, tutup loyang dengan aluminium foil.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Jeli Kelapa

7.  Sejukkan dahulu sebelum dikeluarkan dari loyang. Simpan dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.

Pudding-Keju-Karamel