Resepi Puding Karamel Tanpa Kukus Tanpa Telur
Selalu kita buat puding ni kena kukus kan? Ada yang letak telur. Haa yang ni tak perlu. Simple sangat! Jom tengok resepi dan cara buat!
Bahan-Bahan Untuk Puding:
- Agar-agar tali (ambik dalam 5, 6 jurai macam tu) – Nak guna serbuk agar-agar pun boleh, letak dalam setengah sudu kecik jer
- 1 sudu setengah esen vanilla
- Setengah tin susu cair
- Gula 2 sudu (yang ni pilihan, nak letak @ tidak)
Bahan-Bahan Untuk Gula Hangus:
- Gula setengah cawan
- Air panas dalam setengah cawan (agak-agak je)
Cara-Cara Buat Gula Hangus:
1. Campur gula dengan air panas, kacau larut dulu. Masak atas api sampai likat keperangan.
2. Masukkan dalam mangkuk kaca tau atau bekas besi. Kena cepat-cepat tau, nanti gula tu beku! Jangan bekas plastik pulak. Habislah leboq bekas tu.
Cara Buat Puding:
3. Masak agar-agar, kalau guna yang tali tu, masak sampai hancur. Kalau guna serbuk, letak masak dah siap masak. Kacau bagi larut. Letak susu, gula dan esen vanilla. Masak hingga mendidih.
4. Boleh terus letak dalam mangkuk gula hangus. Pastikan gula hangus tu dah beku ye!. Bekukan dalam peti ais selama 4 jam lebih kurang, sampai beku elok la.
5. Nak makan, telangkupkan atas pinggan. Ketuk-ketuk sikit bagi puding keluar dari mangkuk. Sedia untuk dimakan. Sedap sangat!.
Guna Loyang Bulat Kecil Macam Ni Baru Puding Nampak Cantik >> KLIK DI SINI

Resepi Oleh: Fairuz Abu Hassan


