
Resepi Pengat Pisang Sagu Gula Melaka
Bahan-Bahan:
- 10 biji pisang (dipotong 3 secara menyerong)
- 300 ml santan
- 2 cawan air 2
- 1 keping gula melaka
- 2 sudu besar gula
- 3 helai daun pandan – di ikat
- 3 sudu besar sagu
- 1/2 sudu besar garam
Cara-cara:
1. Rebus sagu sehingga kembang atau bertukar jenih. Bila dah masak angkat dan toskan, ketepikan dulu.
2. Masukkan air dalam periuk bersama gula melaka dan daun pandan. Bila air gula melaka dah mendidih masukkan santan dan kacau sehingga sebati.
3. Masukkan pisang, gula, dan garam. Kacau sehingga sebati. Akhir sekali masukkan sagu yang sudah dimasak tadi. Masak sehingga mendidih, dah siap tutup terus api.
Nota: Sagu dimasak dahulu supaya kuah pengat tidak melikat. Rasa dahulu pengat sebelum tambah gula. Boleh adjust manis ikut kesesuaian. Pengat akan bertambah pekat selepas dah sejuk. Boleh simpan pengat di dalam peti ais. Makan sejuk-sejuk lagi sedap.

Resepi Oleh: Ariana Sofia Ahmad