Kuih Muih

Resepi Kuih Lompat Tikam Terengganu

resepi-kuih-lompat-tikam-terengganu

Resepi Kuih Lompat Tikam Terengganu

Bahan-Bahan:

Bahan A –

1 cawan tepung beras
2 cawan air daun pandan (8 helai daun pandan diblend dijadikan 2 cawan)
1 cawan air
1sudu teh air kapur sederhana pekat
1 sudu besar gula
Sedikit perwarna hijau
Secubit garam

Bahan B –

1 cawan tepung beras
2 cawan santan (jika guna santan kotak, sukat ia 2 cawan dan yang kurang dicampurkan air agar cukup 2 cawan sukatan itu)
1 cawan air
1 sudu kecil garam halus

Bahan C –

1 buku gula melaka
3 sudu besar gula pasir
3 cawan air
2 helai daun pandan

Cara untuk Kuihnya:

1. Satukan bahan A dalam periuk atau kuali (yang mudah untuk kita kacau semasa kita memasakkannya).

2. Masakkan dia atas api sederhana kecil dan kacau hingga likat & berkilat.

3. Matikan Api dan angkat untuk kita masukkan ke dalam bekas-bekas kecil atau boleh juga masukkan ke dalam loyang.

4. Begitu juga dengan bahan B, ulang langkah-langkah seperti diatas. Kemudian lapiskan keatas lapisan pertama.

5. Biarkan sejuk dan siap untuk dimakan bersama kuahnya.

Cara untuk Kuahnya:

1. Campur semua bahan C, panaskan diatas api sederhana sehingga semuanya mencair dan sebati.

2. Didihkan seketika, matikan api kemudian sejukkan. Hidangkan.

Resepi Kuih Lompat Tikam Terengganu

Resepi Oleh: Imah Rahman