Resepi Pandan Kaya Ball
Bahan-Bahan:
250g tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
Secubit garam
125g mentega
75g gula kastor
4 biji telur
200ml susu segar
1 sk pes pandan
Serikaya
Cara Membuat:
1. Ayak tepung, serbuk penaik dan garam. Ketepikan seketika.
2. Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan telur dan pukul lagi. Masukkan pes pandan.
3. Masukkan 1/4 susu, putar, masukkan 1/4 campuran tepung, selang-seli hingga habis.
4. Lenser acuan dengan sedikit minyak masak. Sudukan bancuhan agak-agak separuh acuan, sudukan pula sedikit kaya dan tutupkan dengan lebihan bancuhan.
5. Panaskan ketuhar pada 145 C dan bakar pada rak tengah selama 10 – 12 minit.
Sumber: Eyla Cbs MAHN