Resepi Homemade Sos Bolognese ala Prego

Resepi Homemade Sos Bolognese ala Prego

Rasa sebijik macam guna prego, malah lagi sedap.

Bahan-Bahan:

  • 1 cawan sos tomato
  • 3 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 2 biji tomato
  • 1 biji bawang merah
  • lobak
  • 7 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar setiap Italy herb (oregano, parsley, basil)
  • Daging burger atau daging cincang
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa

Cara Memasak:

1. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga masak. Masukkan sos tomato, sos tiram, dan sos cili. Gaul-gaul.

2. Kemudian masukkan bahan sayuran seperti tomato dan lobak, serta masukkan daging. Gaul lagi sehingga sebati.

3. Seterusnya, masukkan italy herb. Ni penting, tanpa ni, rasa sos bolognese tak menjadi nanti. Masukkan garam dan gula, dah siap.

Nota: Kalau nak berkuah, boleh letak air. Boleh buat 3 menu untuk 1 resepi sos ni.

Resepi Homemade Sos Bolognese ala Prego

Resepi Oleh: Noratiqah Nordin