Kek

Mesti Cuba Resepi Kek Viral, One Bowl Fruit Pastry Cake

resepi-one-bowl-fruit-pastry-cake

Seperti yang diminta, ini dia Fruit Pastry Cake yang sedang viral, versi resepi Danish sendiri yang mudah tapi hasilnya sangat moist juga lengkap dengan rasa butter dan masam manis buah. Semua yang makan kata sangat sedap walaupun Danish buat tanpa gunakan mixer atau step by step, hanya dengan cara masuk 1 bekas, gaul dan bakar!.

Resepi ini FOOLPROOF tapi harus ikut sukatan bahan dengan tepat dan cara yang Danish buat dalam video dan juga resepi yang disertakan dibawah ini untuk dapatkan hasil seperti yang Danish buat. Selamat mencuba!.

Resepi One Bowl Fruit Pastry Cake

Bahan-Bahannya:

226 grams Tepung Naik Sendiri
160 grams Gula Kastor
150 grams Salted Butter, dicairkan dan biarkan sedikit sejuk
3 biji telur Gred A
100ml Buttermilk atau boleh juga guna Sour Cream (Danish guna homemade Buttermilk. Caranya Danish sudah sertakan dibawah resepi ini)
1 suduteh Vanilla Extract
Parutan Lemon Zest dari 1 biji lemon (pastikan parut kulit yg kuning sahaja, nanti pahit)
500 grams buah-buah fresh yang kurang berair atau jika guna yg dalam tin keringkan sedikit buah-buah itu sebelum digunakan, dihiris dan gaul dengan 2 sudu besar Gula Kastor.

Cara Penyediaanya:

1. Preheat oven pada suhu 160°C. Gris baking tray saiz 9″ dengan butter dan dialas dengan parchment paper. Jika guna bekas kecil cake akan jadi tebal, tak cantik.

2. Dalam bekas, masukkan tepung naik sendiri, gula, melted butter, telur, lemon zest, buttermilk dan vanilla. Kaup balik menggunakan senduk kayu sehingga semua rata dan sebati, jangan overmix, nanti cake tak moist. Kemudian tuangkan kedalam baking tray. Rata kan permukaan adunan cake.

3. Akhir sekali, ambil buah yang telah dipotong dan gaul bersama gula halus dan terus susun semua buah tadi atas adunan tapi jangan ditekan ya, nanti senang tenggelam. Dah siap, masukkan dalam oven dan dibakar selama 40-50 minit, bergantung pada oven atau hingga cake masak tapi jangan terlebih bakar nanti Cake menjadi kering. Sejukkan diatas cooling rak dan sprinkle dengan gula icing sebelum dihidangkan, jika suka.

Cuba Resepi Ni:  Kek Marble Jelita Sedap dan Menepati Citarasa

4. Cara menyediakan homemade buttermilk untuk cake ini: 1 sudu besar lemon jus dituang kedalam measuring cup dan tuang fresh milk hingga bancuhan cukup 100ml, dikacau rata, kemudian dibiarkan selama 5-10 minit sebelum digunakan.

Nota Penting: 1 Bowl Fruit Pastry Cake ini akan lagi sedap selepas semalaman. Untuk menyimpan, simpan dalam bekas kedap udara dengan suhu bilik, untuk kekalkan kelembapannya. Kerana cake ini mengandungi buah-buahan terutama jika gunakan buah dalam tin, jadi ianya akan bertahan hanya lebih kurang 2 hari.

Penafian: Resepi dan gambar adalah hak milik Danish Harraz yang dikongsikan dalam Group Facebook Masak Apa Hari Ni.. (MAHN). Anda boleh lawati laman Facebook beliau.