Kek

Resepi Kek Hawaii Coconut Pandan

resepi-kek-hawaii-coconut-pandan

Resepi Kek Hawaii Coconut Pandan

Bahan-Bahan: (loyang 8×8 inci)

250 gm butter (Sis pakai marjerin pelangi je almaklom la hujung bulan)
1 cawan gula kaster (1/4 cwn dan 3/4 cwn)
1 sudu kecil ovallete
5 biji telur gred A (asingkan kuning dan putihnya)
2 cawan tepung superfine/tpng gandum*
1 s/k baking powder* (* di ayak bersama)
100 ml santan pekat
2 sudu kecil perisa pandan/pandan emulco
sedikit pewarna hijau
sedikit kelapa kering
Sedikit hawaii coconut flakes (Kedai bakery ada jual)

Cara-Cara:

1. Pukul putih telur bersama 1/4 cawan gula kaster hingga ringan. Ketepikan.

2. Sementara itu dalam bekas lain, pukul butter, ovallete dan 3/4 cawan gula kaster sehingga kembang dan putih.

3. Masukkan kuning telur satu persatu dan pukul sebati. Masukkan pandan emulco/perisa pandan juga pewarna hijau.

4. Masukkan tepung berselang seli dengan santan. Last sekali taburkan kelapa kering dekat adunan, kacau rata sehingga adunan betul-betul sebati.

5. Masukkan adunan putih telur dan gaul kaedah kaup balik. Sediakan loyang yang telah dilapikkan kertas minyak. Sapu sedikit butter di sekeliling loyang.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Kek Lapis Indonesia

6. Tuang adunan ke dalam loyang, ratakan dan hentak-hentakkan 2 kali. Taburkan hawaii coconut flakes di atas kek.

7. Bakar selama 1 jam atau sehingga kek masak. Guna api atas dan bawah 180c dan letak dirak tengah.

8. Setelah masak, angkat dan sejukkan diredai kek. Setelah sejuk, bolehlah dipotong dan hidangkan.

Resepi Oleh: Fika Shafika