Ayam

Resepi Ayam Panggang Ala Kenny Rogers

resepi-ayam-panggang-ala-kenny-rogers

Resepi Ayam Panggang Ala Kenny Rogers

Bahan-Bahan:

1 ekor ayam – bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil

Bahan untuk make up ayam –

3 biji bawang besar
4 biji bawang putih
1 inci halia
2 atau 3 sudu besar sos lada hitam
1 sudu besar lada hitam tumbuk
2 sudu besar madu
1 ketul kiub ayam Knorr
2 sudu besar gula pasir
2 sudu besar herba campuran
1 1/2 sudu teh garam halus
Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan make-up.
Sedikit mentega

Cara-cara:

1. Campur kesemua bahan make-up dengan sedikit air dan kisar.

2. Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan. Perap selama 1 1/2 jam.

3. Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang. Bakar selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak. Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, sapukan ayam dengan minyak dan campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering.

Resipi Sos lada hitam

Bahan-bahan:

11/2 cawan stok ayam @ daging
1/2 cawan susu segar – nak kurangkn pun boleh
4 – 5 sudu serbuk lada hitam
2 cm batang salery – dicincang
1/2 biji bawang besar – dicincang
2 sudu besar kicap manis – bergantung kehitaman yang dikehendaki
1 sudu sos tiram
1 sudu mentega/ marjerin
1/2 tin cendawan butang – dihiris
2 sudu besar tepung gandum – bancuh dengan air
garam dan gula – jika perlu

Cara-cara:

1. Panaskan stok ayam, susu segar, bawang dan juga batang salery. didihkan.

2. Kemudian tapis. buang bawang dan juga salery. kalau tak nak tapis pun takpe. Didihkan semula, masukkan lada hitam, kicap manis, mentega/marjerin, sos tiram dan juga cendawan butang. garam dan gula jika perlu.

3. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung gandum untuk mendapatkan kepekatan yang dikehendaki.

Resepi Oleh: Iela Sahari