
Resepi Acar Rampai
Bahan-Bahan:
1 batang timun
1 batang carrot
2 labu bawang besar
3 tangkai cili merah
3 tangkai cili hijau
1/2 cawan cuka tiruan
1 s/b gula
1 s/b biji sawi
Garam
Kunyit
1 s/k kapur (dibancuh ngan 1 liter air)
Bahan tumis (mayang) –
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
3 cm halia
Minyak
Cara Memasak:
1. Semua sayur dipotong kecil dan panjang. Kemudian, rendamkan dalam air kapur supaya rangup.
2. Toskan sayuran tadi hingga kering.
3. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis serta biji sawi sehingga layu.
4. Masukkan cuka tiruan, garam, serbuk kunyit dan gula. Bila mendidih, masukkan sayuran dan kacau rata.
5. Bila nampak pekat boleh angkat dan hidangkan.