Nasi

Resepi Bubur Nasi Tom Yam

resepi-bubur-nasi-tom-yam

Resepi Bubur Nasi Tom Yam

So faa pun buat laa my fevret bubur, Bubur Tomyam. Setei. Breakfast dan lunch ulang makan ni je. Hehe. Pakai rangka ayam dan udang. Nak bubuh ayam part isi atau part lain pun boleh. Ikut citarasa nak bubuh apa. Macam masak tomyam tapi versi bubur. Alhamdulillah.⁣

Bahan-Bahan:

  • 1 cawan beras basmathi⁣
  • air secukupnya⁣
  • 1 rangka ayam (boleh ganti isi ayam)⁣
  • 200300 gm kaki ayam⁣
  • 1 batang serai (ketuk)⁣
  • 1 sudu bawang putih goreng Crispy Garlic
  • 2 pokok ketumbar (asingkan akar dan daun)⁣
  • 1 batang carrot (dadu kecil)⁣
  • 1 paket Perencah Tomyam
  • 2 sudu jus limau⁣
  • 1 sudu garam⁣
  • 1 sudu gula⁣
  • 1/2 kg udang⁣
  • 4 helai daun limau purut (buang tulang belakang)⁣
  • 1 paket cendawan enoki (buang akar)⁣

Cara Memasak:

1. Basuh beras basmathi. Rendam dalam air dan bekukan dalam peti ais semalaman.

2. Rebus seperiuk air dengan tulang dan kaki ayam, serai, serta crispy garlic. Kacau dan biar mendidih.

3. Masukkan beras beku, akar ketumbar, dan carrot. Kacau dan tutup periuk sehingga beras kembang dan mendidih.

Cuba Resepi Ni:  Bihun Goreng Limau Purut Rasa Macam Tom Yam

4. Jika kering, boleh tambah air. Ikut citarasa nak bubur hancur atau berbutir dan berkuah.

5. Tambah perencah tomyam, perasakan dengan jus limau, garam dan gula secukup rasa. Kacau sekata.

6. Bila bubur hampir masak, tambah udang dan daun limau purut. Kacau dan bila semua dah masak elok, masukkan cendawan enoki dan daun ketumbar. Kacau seminit, tutup api. Siap.⁣

Resepi Bubur Nasi Tom Yam

Resepi Oleh: Dapurfaafeefoo