Resepi Mufin Vanila
Bahan-Bahan:
- 750gm tepung kek
- 250gm mentega tanpa garam
- 5gm garam
- 500gm gula
- 7 biji telur
- 60gm baking powder
- 500ml susu segar
- ½ sudu teh esen vanila
Cara Membuat:
1. Pukul gula, mentega dan garam di dalam mangkuk adunan dengan kelajuan sederhana sehingga kembang.
2. Selepas itu masukkan telur dan kacau sehingga rata.
3. Masukkan esen vanila, tepung kek dan baking powder. Kacau sehingga sebati.
4. Masukkan susu dan adun rata.
5. Selepas itu tuangkan adunan ke dalam cawan mufin dan bakar pada suhu 180ºC sehingga masak.