
Ingat nak buat kek yang viral tu tapi bahan banyak yang tak ada dan memandangkan stok blueberry je yang ada maka kita buat muffin jela. Yang penting suami kata sedap dan muffin memang gebu. Alhamdulillah.
Resepi Muffin Blueberry dengan Cream Cheese
Bahan-Bahan:
100 gram blueberry (atau lebih terpulang pada citarasa)
+ dibasuh kemudian toskan dan masuk dalam peti ais sejuk beku. Biarkan sehingga ia membeku.
100 gram cream cheese
+ dipotong dadu menjadi kiub kecil dan simpan di dalam peti ais dahulu.
Bahan A –
100 gram unsalted butter (suhu bilik)
116 gram gula kastor
1 sudu teh esen vanilla
+ Dengan menggunakan whisk pukul mentega, gula kastor sehingga benar-benar lembut. Masukkan esen vanilla dan kacau rata sehingga berkrim.
Bahan B –
50 gram natural set yogurt
50 ml whipping cream
+ Campurkan yogurt dengan whipping cream dan kacau hingga sebati
+ Simpan di dalam peti sejuk sementara siapkan bahan seterusnya.
Bahan C –
2 biji telur (suhu bilik)
+ Pukul telur dalam mangkuk yang lain sehingga kembang kemudian tuangkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan (A). Ketepikan
Bahan D –
220 gram tepung gandum
6 gram baking powder
+ disatukan kemudian diayak bersama.
+ Gaulkan campuran tepung berselang seli dengan bahan (B) sehingga sebati ke dalam adunan (A) & (C).
Cara Penyediaan:
1. Sediakan cawan kertas dan masukkan 1 sudu adunan dan masukkan cream cheese bersama frozen blueberry.
2. Kemudian tutup dengan 1 sudu adunan lagi lagi dan letakkan blueberry dan cream cheese di atasnya lagi.
3. Bakar 180c selama 35 minit atau sehingga masak. Bergantung pada oven masing-masing.
Resepi Oleh: Ika Zul