Nasi

Cara Buat Nasi Ayam Claypot

cara-buat-nasi-ayam-claypot

Cara Buat Nasi Ayam Claypot

Lama tak makan nasi ayam claypot, hari nie rasa nk makan. Buat lah, resepi saya share sekali.

Bahan Untuk Nasi:

  • 1 pot beras
  • Air secukupnya
  • 1 ketul kiub ayam

Bahan Untuk Ayam Kicap:

  • 3 ketul ayam (potong kecik-kecik)
  • 3 ulas bawang putih *
  • 2 inci halia *
  • 3 biji cili kering potong 2
  • 5 sudu besar kicap manis JALEN
  • 2 sudu besar kicap pekat JALEN
  • 2 sudu besar sos tiram JALEN
  • Sedikit serbuk lada sulah
  • 1 sudu besar minyak bijan
  • Air secukupnya
  • 2 biji cendawan shitake kering (rendam bagi lembut dan potong 2)
  • Garam dan perasa
  • 1 pokok daun bawang (potong kecik)

Cara Memasak:

1. Tumbuk bahan Yang bertanda (*) sampai lumat. Campurkan kicap, sos tiram, garam, perasa dan lada sulah. Gaul sebati dan masukkan ayam, perap seketika dan ketepikan.

2. Tanak nasi letak seketul kiub ayam, tanak nasik sehingga separuh masak. Kemudian masukkan ayam yang diperap tadi, kemudian tutup claypot. Slowkan api dan tunggu sehingga nasi dan ayam masak sepenuhnya.

3. Bila dah masak, boleh lah taburkan daun bawang dan renjiskan minyak bijan. Bolah lah dihidangkan dengan sayur pilihan, saya celur sawi hidangkan bersama.

Cara Buat Nasi Ayam Claypot

Resepi Oleh: Nor Khomariah Norrohman