Resepi Ikan Kerapu sweet Sour
Bahan-Bahan:
1 ekor Ikan Kerapu (sederhana besar)
¼ cawan sos cili
½ cawan sos tomato
2 sudu besar sos tiram
Serbuk kunyit
Minyak untuk menggoreng
4 ulas bawang merah ditumbuk lumat
Garam secukup rasa
3 ulas bawang putih ditumbuk lumat
½ batang lobak merah dipotong kiub
½ batang timun dibuang biji & potong kiub
1 biji tomato dibuang biji & potong kiub
1 potong nenas dipotong kiub
½ cawan air
Cara Memasak:
1. Panaskan minyak dan gorengkan ikan kerapu yang telah disapukan dengan sedikit garam dan kunyit
2. Setelah ikan masak, angkat dan ketepikan.
3. Panaskan minyak dalam kuali, dan tumis bawang merah & putih hingga naik bau.
4. Masukkan sos tomato, sos cili dan sos tiram. Gaul sebentar. Tambah air dan masukkan lobak merah, timun, nenas & tomato.
5. Perasakan garam dan gula secukup rasa dan biarkan kuah sedikit pekat. Angkat dan tuangkan ke atas ikan.