
Resepi Puding Dragon Fruit & Mangga
Bahan-Bahan:
20 gm agar-agar bertali
5 cawan air
1 cawan gula
2 cawan susu segar/susu cair
2 helai daun pandan – Simpulkan
1 biji dragon fruit putih/merah – Potong dadu
1 biji mangga – Potong dadu
3 sudu besar sagu putih – Rendam sekejap bagi kembang, Tapiskan
Secubit garam
Pewarna strawberry/ikut suka
Cara Menyediakan:
1. Basahkan loyang/acuan. Susun buahan dragon dan mangga. Ketepikan.
2. Masak air bersama agar-agar hingga larut. Masukkan gula, larutkan gula dan masukkan daun pandan.
3. Kacau-kacau, kemudian masukkan sagu putih tadi. Biarkan mendidih dan perlahankan api.
4. Ambil beberapa senduk agar-agar, tuang atas buahan tadi (sama paras dengan buah atau lebih pun boleh). Biarkan sederhana beku.
5. Lebihan agar-agar tadi, masukkan susu segar/susu cair. Besarkan semula api, masukkan secubit garam. Kemudian masukkan pewarna strawberry/ikut suka. Kacau sebati. Tutup api.
6. Tuang agar-agar tadi atas agar-agar buah perlahan-lahan sehingga habis. Biarkan beku/sejuk seketika.
7. Simpan dalam peti sejuk, bila dah keras elok, boleh dipotong dan dihidangkan.
Resepi Oleh: Zura Zul dari FB Group MAHN