Kek

Resepi Mini Basque Burnt Cheesecake

resepi-mini-basque-burnt-cheesecake

Resepi Mini Basque Burnt Cheesecake

  • loyang muffin
  • Satu adunan dapat 20 biji

Bahan-Bahan:

  • 500gm cream cheese
  • 15gm tepung gandum
  • 150gm gula kastor
  • 3 biji telur
  • 250gm whipping cream
  • 1 tsp esen vanila

Cara Buat:

1. Cream cheese dan gula pukul hingga creamy. Masukkan telur satu persatu dan esen vanila. Sebatikan.

2. Masukkan tepung pukul sebati. Masukkan whipping cream pukul sebati.

3. Paipkan atau tuang adunan ke dalam loyang muffin yang telah di alas parchment paper (tuang penuh).

4. Bakar selama 30 minit. Suhu 180’c. 10 minit terakhir guna api atas sahaja untuk bagi permukaan atas rentung.

5. Bila dah masak, biarkan sekejap dalam oven. Dah sejuk, chill semalaman.

6. Boleh paipkan dengan nutella atau dengan apa-apa filing ikut suka hati.

Kreativiti tiada sempadan. Macam-macam flavour boleh buat dengan satu resepi. Asalkan berani.

Mudahkan. Jangan pening-pening buat susah-susah. Benda boleh mudah kenapa nak buat jadi susah?.

Resepi Mini Basque Burnt Cheesecake

Resepi Oleh: Norashikin Ismail