
Resepi Mee Rebus Singapura
Bahan-Bahan:
Bahan Kisar/Rempah –
3 batang serai
1 inci lengkuas
4 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2 inci halia
1-2 sudu besar cili kisar
1 tbs serbuk jintan halus
1 tbs serbuk jintan kasar
1 tbs serbuk ketumbar
1 tbs serbuk kunyit
1 mangkuk kecil udang udang kering dikisar
5 tbs taucu – blend
1 mangkuk kecil kacang tanah – goreng dan dikisar halus
1 biji keledek – rebus dikisar
Garam dan gula
2 tbs tepung beras
Daging – rebus
Bahan Sampingan –
Taugeh
Telur rebus
Daun bawang dan daun sup
Bawang goreng
Lada Hijau/Merah
Tauhu – goreng
1 kilo mee kuning – celur dan toskan
dan potong dadu
Limau
Isi daging rebus
Cara Membuat:
1. Campur kesemua bahan-bahan rempah (jintan halus, jintan kasar, ketumbar, cili serbuk , kunyit) bersama air.
2. Tumis bahan dikisar (serai, lengkuas, bawang besar, bawang putih, halia) sehingga naik bau.
3. Masukkan rempah dalam periuk dan goreng sehingga pecah minyak.
4. Masukkan pula bahan kisar seperti udang geragau, kacang, keledek dan tauchu. Kacau hingga sebati selama 5 minit.
5. Masukkan garam dan gula. Masukkan air ke paras yang diingini (Boleh guna air rebusan daging dan kulit udang)
6. Bila kuah dan mendidih, masukkan tepung beras untuk pekatkan kuah. Kuah hendaklah pekat dan agak manis sikit.
7. Hidangkan mee dengan kuah dan juga bahan-bahan sampingan lain.
Sumber: FB Page Aneka Resepi Masakan Mee