
Resepi Kuih Lapis Seri Wangi
Bahan-Bahan: (loyang 8 inci)
Bahan A –
2 cwn tepung beras
1 cwn tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
1 sk garam
2 cwn santan pekat
Bahan B –
1 1/4 cwn gula pasir
1 cwn santan pekat
2 cwn santan cair
2 helai daun pandan – di simpul
1 sk pandan paste.
Bahan C –
3 sb serbuk koko*
4 sb air suam untuk bancuh koko* – boleh ganti dengan 1 sb coklat emulco pewarna hijau, perisa pandan
Cara Membuat:
1. Masak bahan B hingga gula larut, biarkan suam sedikit.
2. Sementara itu satukan kesemua bahan A di dalam mangkuk dan gaul rata, ketepikan dulu.
3. Masukkan bahan B kedlm bahan A dan gaul rata, kemudian tapiskan.
4. Bahagikan pada 2 bahagian. Satu bahagian letak pewarna hijau/perisa pandan dan satu lagi letak bancuhan koko/coklat emulco.
5. Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain. Sementara itu sapukan minyak di keliling loyang dan alas dengan plastik di dasarnya.
6. Apabila air dah mendidih, letak loyang tadi dan panaskan sebentar.
7. Masukkan adunan koko 1 cwn dan kukus selama 5 minit.
8. Setelah itu lapis pula adunan hijau selama 5 minit juga dan seterusnya sehingga habis adunan.
9. Lapisan akhir sekali kukus selama 20 minit. Bila dah siap, angkat dan sejukkan. Biar kuih benar-benar sejuk barulah cantik di potong.
Sumber : FB Page Kelas Bakeri