Resepi Mee Kuah Daging Utara Memang Mantap
Resepi Mee Kuah Daging Utara Cik As. Kalau nak buat mee udang resepi sama cuma tukar daging kepada udang.
Bahan Rebus:
- Rebus daging sampai empuk
- Celur mee kuning cap Gardiner
Bahan Blander A:
- Bawang merah
- Bawang putih
- Halia
- Udang kering (kalau tak nak tak payah letak)
Bahan Blander B:
- Ubi kentang atau keledek yang telah direbus blander dengan air rebusan. Ketepikan.
Bahan Menumis C:
- Minyak masak
- CILI PASTE 2/3 Sudu besar. Nak pedas letak banyak
Bahan Lain:
- Air rebusan daging (Untuk mee kuah daging) atau Air rebusan udang (Untuk mee kuah udang)
- Bahan perasa
- Serai 2 batang diketuk
- Sos cili 3 sudu besar
- Sos tomato 2 sudu besar
- Fish cake
- Carrot di potong panjang
- Tomato sebiji belah 6
Bahan Hiasan D:
- Daun sup daun bawang
- 2 biji ubi kentang dipotong nipis dan direbus sampai empuk
- 3 biji telur direbus dan belah dua
- Cili padi
- Pakchoy celur je
- Limau
Cara Memasak:
1. Panaskan minyak masak, masukkan serai 2 batang dan bahan Blander A. Tumis Sampai naik bau. Masukkan bahan cili paste tumis sampai pecah minyak. Bila cili dah pecah minyak, masukkan air rebusan daging atau udang.
2. Masukkan bahan Blander B (ubi keledek atau ubi kentang yang di blander tadi.) kacau sebati. Masukkan daging rebus, fish cake, dan carrot. Perasakan dengan garam, gula, ajinomoto, sos tomato dan sos cili. Kacau sebati.
3. Bila dah mendidih, masukkan tomato dan tabur daun sup daun bawang. Rasa dulu kalau dah ok tutup api. Hidangkan kuah dengan mee dan hiaskan dengan bahan hiasan D. Siap.
Cuba Juga Perencah Mee Udang ala Penang Ni, Mudah dan Sedap >> KLIK DI SINI

Resipi Oleh: Cik Puan Asrah Ali


