Resipi Bihun Goreng Simple Tak Mudah Putus

Resipi Bihun Goreng Simple Tak Mudah Putus

Hari ni teringin nak makan bihun tapi kali ni aku try masak cara yang Eny Yusnizar Abdullah share iaitu cara stim.. Alhamdulillah memang menjadi, bihun masak cantik dan tak putus. Tq Eny share kan cara ni. Bihun pulak memang ada kat umah ni, laki dari dulu suka beli bihun cap bintang.

Nah ni resipi bihun cara aku, bihun simple je a.k.a bihun bodo bak kata mak-mak. Tapi cara masak aku ikut cara stim tu, Alhamdulillah percubaan kali pertama ikut cara stim ni memang menjadi cuma syaratnya jangan la korang selalu dok kacau kalo tak memang la tetap hancur.

Bahan-Bahan:

  • Bihun (1 peket sederhana) – rendam dalam air sejuk 5 minit, toskan.
  • 3 ulas bawang merah – hiris
  • 2 ulas bawang putih – hiris
  • 1 sudu besar cili giling
  • 1 genggam udang kering – rendam & tumbuk kasar
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tomato
  • Garam & serbuk perasa secukupnya
  • Minyak untuk menumis

Bahan Hiasan (wajib kalau nak nampak padu):

  • Daun sup – hiris
  • Cili besar merah – hiris serong

Cara Memasak:

1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih sampai naik bau. Masukkan cili giling dan udang kering. Tumis sampai pecah minyak dan naik bau padu. Masukkan kicap manis, sos cili, sos tomato, garam dan perasa. Kacau rata.

2. Seterusnya, masukkan bihun yang dah direndam tadi. Tak perlu rebus just masukkan terus ke dalam bahan tumis. Tutup kuali dan biarkan bihun ‘stim’ dalam wap selama lebih kurang 5-6 minit. Jangan kacau dulu.

3. Lepas tu buka penutup, gaul bihun perlahan-lahan dari bawah ke atas. Teknik ni buat bihun tak mudah putus dan elok terlerai. Akhir sekali, tabur daun sup dan cili besar. Siap!

Tips: Kalau suka pedas, boleh tambah hirisan cili padi masa nak hidang. Nak lagi umph? Perah sikit limau kasturi.

Makan Bihun Goreng Dengan Sambal Minang Ni Bertambah Sedap >> KLIK DI SINI

Resipi Bihun Goreng Simple Tak Mudah Putus

Resipi Oleh: Bebelan Cik Min