Mee

Resepi Mee Celup Kelantan

resepi-mee-celup-kelantan

Resepi Mee Celup Kelantan

Bahan-Bahan:

  • Ayam/Daging 1/2kg
  • Bawang merah 3ulas (hiris halus)
  • Bawang Putih 2ulas (hiris halus)
  • halia 2inci(hiris halus)
  • Rempah Sup mak siti (memang saya guna yang ni)
  • sup bunjut
  • kicap ABC
  • kicap jalen pekat (untuk kuah yang pekat)
  • Limau Nipis
  • buah pala (dalam 3-5 biji)
  • rencah Knorr pasti sedap
  • gula
  • kangkung/taugeh
  • daun sup
  • bawang goreng

Cara Memasak:

1. Tumis bawang merah, bawang putih, halia sehingga warna perang or bau aroma da menusuk ke dalam hidung mancung korang. Masukkan rencah knorr pasti sedap 3-4 sudu kecil dan gula 3 sudu besar.

2. Masukkan rempah sup mak siti dan kacau masukkan sedikit air supaya tak melekat di periuk mahal korang. Masukkan ayam atau daging, gaulkan sekejap.

3. Masukkan kicap ABC 2 sudu besar, kicap pekat 2 senduk besar dan kacau rata. Masukkan air serta sup bunjut dan buah pala, kacau rata.

4. Biarkan ia menggelegak kat atas dapur tu, biasa saya biarkan selama 1 jam setengah hingga 2 jam untuk lembutkan ayam dan daging tu. Bila dah gelegak korang rasa la sedap ke tida, kalau tak sedap korang tambah la apa yang kurang.

Cara Hidang:

1. Korang nak makan dengan apa, korang celurkan dulu mee or maggie tu. Celurkan jugak kangkung or taugeh bagi lembut sedap makan. Letakkan sikit daun sup, kangkung atau taugeh, isi ayam atau daging, bawang goreng dan limau nipis separuh.

2. Lagi sedap makan dengan air lada. Cara buat air lada; Cili merah sepeket buang tangkainya, masukkan dalam blender, masukkan cuka sedikit, gula sedikit dan blend la Pastu korang rasa la ok ke tidak. Selamat mencuba.

Resepi Mee Celup Kelantan

Resepi Oleh: Rinie Firny