Resepi Masalodeh atau Vadai Makan Panas-Panas Memang Sedap

Resepi Masalodeh atau Vadai Makan Panas-Panas Memang Sedap

Masalodeh ni makan panas-panas memang tak boleh berenti kan? Antara favourite family, nak beli tak puas makan..

Bahan-Bahan:

  • 2 cawan kacang dhal – direndam 4 jam
  • 1 labu bawang besar – dihiris nipis
  • 3 tangkai cili kering – dihiris halus
  • 2 tangkai daun kari – diracik
  • 1 biji cabai hijau besar – dihiris
  • 1 biji cabai merah besar – dihiris
  • 1 1/2 sudu makan jintan manis – ditumbuk
  • 1 sudu kecil baking powder – optional
  • 1 genggam kecil ikan bilis ditumbuk lumat – optional
  • 1 sudu teh garam halus atau secukupnya
  • 1/4 sudu teh gula
  • sedikit penambah perasa – jika suka

Cara Membuat:

1. Kisar kacang dhal dengan air. Air jangan banyak, kisar hancur. Jika ada sikit-sikit tak hancur tak ada masalah. Selepas kisar tapiskan dan biarkan sebentar untuk asingkan lebihan air, awas JANGAN PERAH. Kemudian letak di dalam bekas lain.

2. Lebihan air kacang dhal dibiarkan mendap (kelihatan air terasing dengan kanji). Kemudian buang air jernih dan ambil kanji kacang dhal yang terasing sahaja. Selepas itu campurkan sekali dan masukkan semua bahan lain di atas, gaul sekata.

3. Pastikan minyak telah panas, ambil sejemput tak besar sangat tak kecil sangat, bulatkan di atas tapak tangan, terus masukkan perlahan-lahan ke dalam kuali. Setelah itu perlahankan api dan goreng seperti biasa hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan minyak.

Tips:

  • Letak baking powder supaya lembut di dalam garing di luar. Masa buat ni saya sengaja skip tak letak, Alhamdulillah sedap sangat.
  • Cara menggoreng supaya tak hancur; Panaskan minyak, guna minyak yang banyak semasa menggoreng. Minyak yang panas memainkan peranan, di bahagian luar masalodeh akan cepat garing dan mengeras maka masalodeh tidak hancur atau berderai.

Boleh Guna Kacang Dhal dan Berkualiti Macam Ni >> KLIK DI SINI

Resepi Masalodeh atau Vadai Makan Panas-Panas Memang Sedap

Resepi Oleh: Julia ALeen Aireish