Masakan Barat

Resepi Makaroni Goreng Sedap Boleh Buat Niaga

resepi-makaroni-goreng-sedap-boleh-buat-niaga

Resepi Makaroni Goreng Sedap Boleh Buat Niaga

Assalamualaikum semua. Resepi makaroni top sale saya semasa berniaga cod makanan. Sekarang saya dah berpindah ke negeri lain, tak boleh nak niaga ruang rumah kecik. Saya kongsikan resepi makaroni goreng sedap, yang pelanggan oder berkali-kali.

Bahan-Bahan:

  • 1 paket makaroni kimball – direbus
  • 1 labu bawang hollad dicincang
  • 2 labu bawang putih dicincang
  • 1 paket sosej
  • 1 paket bebola ikan
  • 1 paket burger ayam ramly dicincang dadu
  • 1 tin sos kimball tradisional
  • 4 sudu makan sos cili
  • 4 sudu makan sos tomato
  • 4 sudu makan sos tiram
  • 4 sudu makan serbuk cili
  • 4 sudu makan rempah kari
  • 4 sudu makan lada hitam
  • 4 sudu makan oregano
  • 4 sudu makan kicap lemak manis jalen
  • 1 paket cendawan
  • 1 paket sayur campur kecik
  • 1 tangkai daun ketumbar
  • 4 sudu makan gula
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 sudu makan cukup rasa
  • 1 kuib ayam

Nota Kaki: Kalau tak makan bahan perasa tak perlu letak.

Bahan Hiasan:

  • Daun pasley
  • chese pamersan

Cara Memasak:

1. Sosej, burger ayam ramly, bebola ikan digoreng dahulu kemudian letakkan ketepi. Dalam minyak yang sama, masukkan bawang besar dan tumis sehingga kuning.

2. Seterusnya, masukkan bawang putih dan bila dah kuning, masukkan pula serbuk cili dan serbuk kari. Masa nie kena cepat-cepat masukkan air rebusan makaroni takut hangus serbuk kari dan serbuk cili.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Pancake Mudah

3. Masukkan air rebusan makaroni sedikit jangan banyak, agak-agak sahaja. Kemudian masukkan sos kimbal, sos tomato, sos cili, dan sos tiram. Kemudian bila dah mendidih, masukkan sosej, burger ramly dan bebola ikan.

4. Perasakan dengan gula, garam, cukup rasa serta kuib ayam dan selepas itu, masukkan sayur campur serta cendawan. Akhir sekali, masukkan makaroni dan kacau-kacau dah siap. Taburkan daun ketumbar atau daun pasley. Selamat mencuba.

Resepi Makaroni Goreng Sedap Boleh Buat Niaga

Resepi Oleh: Noor Khadijah