Resepi Ayam Masak Daun Selasih Thailand

Resepi Ayam Masak Daun Selasih Thailand

Ayam masak daun selasih Thailand atau pun Thai Basil Chicken ni memang mudah dimasak tapi sedap giler. Perisa ayam ini datang dari daun selasih. Kalau nak ikutkan hati, nak letak banyak daun selasih tapi sejak covid harganya pun dah jadi macam harga barangan kayangan. Jadi terpaksalah berjimat sikit. Kita letak satu ikat je. Tapi masih sedap giler. Kalau nak letak lebih, memang padu tu. Ini resipi saya yang paling ringkas. Kalau nak cuba buat, silakan.

Bahan-Bahan:

  • 400 gm daging ayam (Dadu kecil)
  • 2 cili hijau/merah segar (Dihiris)
  • 1 lada bel merah (dihiris nipis)
  • 4 biji bawang merah (dihiris nipis)
  • 5 ulas bawang putih (cincang)
  • 1 ikat daun selasih Thailand (mengikut pilihan anda)
  • 3 – 4 SB minyak

Bahan-Bahan Sos:

  • 1 sk gula perang
  • 1 sk kicap
  • 1 SB sos ikan
  • 1 SB sos tiram
  • 1 sk kicap manis
  • 1 sudu besar cili kisar (opsyenal)

Semua bahan di atas dicampurkan dan dikacau sebati

Cara Memasak:

1. Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan cili, bawang merah dan bawang putih dan tumis hingga bawang merah menjadi lembut dan layu.

2. Masukkan daging ayam dan tumis selama beberapa minit sehingga ayam hampir masak. Masukkan campuran sos. Tumis untuk beberapa minit lagi. Masukkan sedikit air jika terlalu kering.

3. Tumis dengan api yang kecil hingga air sedikit kering (Saya buat basah sedikit basah, cara ini sedap dimakan bersama nasi – ini ikut citarasa sendiri).

4. Sila rasa kalau cukup masin, pedas dan manis dan tambah apa yang kurang ikut selera masing-masing. Sekarang, tambahkan daun selasih Thailand, kacau rata dan goreng selama 1 hingga 2 minit.

Selesai. Makan dengan nasi putih panas. Selamat Makan.

Petua:

  • Sesiapa yang boleh makan pedas, bolehlah gantikan chili hijau/merah dan chili kisar dengan chili api.
  • Kalau nak kurang manis, gunakan gula perang ataupun pun kicap manis je. Tak payah kedua-duanya sekali.
  • Kekadang kalau saya tak ada mood nak masak sayur, saya tambahkan carrot, kacang buncis dan bell pepper hijau, merah dan kuning sekaligus di dalam hidangan ini. Jimat masa dan tak payah masak dua kali. Ini pendapat saya.
Resepi Ayam Masak Daun Selasih Thailand

Resepi Oleh: Victoria Van Bennekum