Kek

Resepi Magic Choco Flan Cake

resepi-magic-choco-flan-cake

Resepi Magic Choco Flan Cake

Hari ni mai kita buat kek paling senang, mudah dan konpom jadik. Chocoflan ni adalah kek yang mempunyai 2 layer, lapisan flan cheese dan kek coklat. Adunan kek dimasukkan ke dalam loyang dan diikuti dengan flan cheese di atas. Tetapi selepas dibakar, di sinilah MAGICnya berlaku dimana adunan flan akan berada di bawah, manakala adunan kek akan naik di atas. Kek ni sesuai untuk semua acara dan majlis keraian dan juga sebgai juadah pencuci mulut.

Bahan-Bahan:

Sos Karamel –

200 gm whip cream
1 cawan gula perang
50 gm butter

+ Semua disatukan dan dimasak atas api perlahan sehingga sebati dan memekat.
+ Ini akan digunakan sebagai sos untuk diletakkan sikit didasar loyang dah dituangkan atas kek sebagai sos.

Coklat Kek –

200 gm butter
1 cawan gula
1 3/4 cawan tepung
3/4 sudu teh baking powder
3/4 sudu teh soda bikarbonat
1 1/4 cawan yogurt
3/4 cawan serbuk koko
1 bj telur saiz A @ B
1 unit loyang bundt cake (acuan kek chiffon pun ok)

Cheese Flan –

150 gm cream cheese (suhu bilik)
1/2 tin susu pekat
1 tin susu sejat
3 bj telur

** semua bahan-bahan ini dikisar dalam blender sampai sebati.

Cara Membuat:

1. Putar butter dan gula sampai kembang, masukkan telur. Kemudian, masukkan bahan-bahan selebihnya serta yogurt tadi, gaul sebati.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Kek Lapis Tembikai Simple

2. Tuangkan sos karamel sikit di dasar loyang yang telah disapu minyak. Kemudian, tuangkan adunan kek ke dalamnya. Perlahan-lahan tuangkan flan tadi ke atas kek.

3. Tutup loyang dengan aluminium foil dan gunakan kaedah water bath (letakkan loyang di atas tray yang di isi dengan air panas).

4. Bakar dengan suhu 180’c selama 1 jam 45 minit. Suhu atas bawah, dan saya gunakan rak paling bawah sekali.

5. Selepas dibakar, biarkan dalam 15 minit sebelum diterbalikkan. Dan terhasillah Chocoflan Cake, flan di atas dan kek akan ke bawah (selepas diterbalikkan).

6. Gunakan lebihan sos karamel tadi, tuangkan ke atas kek (saya tuangkan sikit-sikit saja) dan sedia untuk dihidangkan.

Resepi Oleh: Azizi Rais dari FB Group MAHN