Kek

Resepi Kek Coklat Karamel Kukus

resepi-kek-coklat-karamel-kukus

Resepi Kek Coklat Karamel Kukus

Bahan-Bahan:

Bahan Kek –

1 kotak Pillsbury Moist Supreme Cake Mix atau Campuran kek coklat segera pilihan anda
3 biji telur
1/3 cawan minyak (80ml)
280ml air – saya guna susu cair

Boleh lihat cara membuat Kek Coklat

Bahan Puding –

6 biji telur
1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat manis
2 sudu besar esen vanila
Karamel:
4 sudu besar gula

Cara Membuat:

1. Mula-mula sediakan karamel. Panaskan gula dalam kuali non stick hingga perang. Kacau perlahan hingga sebati. Tuangkan karamel ke dalam loyang bulat 9inci yang telah di sapu mentega. Ketepikan.

2. Kita sediakan bancuhan puding. Campurkan kesemua bahan puding dan sebatikan…guna hand whisk saja…tak perlu pukul ya. Kemudian tapis bancuhan puding ke dalam loyang karamel tadi. Ketepikan.

3. Untuk kek pun senang saja. Campurkan semua bahan kek tadi dan pukul hingga sebati selama 2 minit. Kemudian tuangkan ke dalam loyang karamel tadi.

4. Jangan terkejut bila tengok adunan kek tenggelam dalam bancuhan puding. Tak perlu kacau. Nanti bila dah siap bakar, kek akan naik elok saja dan puding akan berada di bawah.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Kek Batik Karamel

5. Letakkan loyang kek ke dalam loyang yang besar sedikit dan tuangkan air ke dalam loyang besar tu…teknik water bath. Bakar selama 1jam atau hingga kek masak. Suhu ikut oven masing-masing.

7. Biarkan kek sejuk dulu, kemudian simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 1 jam setengah supaya puding tu elok kerasnya. Bila dah cukup masa bolehlah terbalikkan kek atas pinggan untuk dihidangkan.