Makanan Laut

Resepi Lala Masak Masam Manis ala Thai

resepi-lala-masak-masam-manis-ala-thai

Resepi Lala Masak Masam Manis ala Thai

Bahan-Bahan:

200gm lala
4 sudu sos tiram
4 sudu sos cili
4 ulas bawang putih yang dikisar
1 biji limau nipis (ambil jusnya sahaja)
1 sudu sos plum
50gm nenas
50gm timun
1 biji bawang besar yang dihiris
1 biji cili benggala merah yang dihiris halus
Garam

Cara Memasak:

1. Tumiskan bawang putih dan cili boh hingga menjadi garing.

2. Kemudian masukkan timun, nenas, bawang besar dan cili benggala merah dan biarkan seketika.

3. Selepas itu anda masukkan pula lala, sos cili, sos tiram, sos plum dan jus limau nipis.

4. Setelah di campurkan semuanya anda masukkan garam mengikut citarasa anda.

5. Kulit lala akan terbuka apabila ianya telah masak.

lala-masam-manis-ala-thai