Kek

Resepi Kek Lapis Indonesia

resepi-kek-lapis-indonesia

Resepi Kek Lapis Indonesia

Bahan-Bahan:

Bahan A –

450gm mentega
150gm gula kastor
20 biji kuning telur
5 sudu makan susu pekat manis
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh pewarna kuning telur

Bahan B –

150gm gula kastor
6 biji putih telur
1/2 sudu teh serbuk krim tartar

Bahan C –

220gm tepung Hong Kong
2 sudu teh serbuk rempah campuran
1/2 sudu teh serbuk kayu manis
1 sudu teh serbuk penaik

Loyang 8 x 8″ di alas dengan kertas minyak pada dasarnya

Cara Membuat:

1. Bahan A – Satukan mentega, gula kastor, susu pekat manis dan esen vanila dalam mangkuk adunan. Pukul dengan kelajuan tinggi hingga berkrim.

2. Masukkan kuning telur sedikit-sedikit dan pewarna sambil dipukul hingga sebati.Tuangkan adunan ke dalam mangkuk yang besar, ketepikan.

3. Bahan B – Di dalam bekas lain, pukul putih telur, gula dan krim tartar hingga kembang dan bertanduk.

4. Bahan C – Masukkan tepung Hong Kong, serbuk rempah campuran dan serbuk penaik ke dalam adunan mentega tadi.Gaul perlahan-lahan hingga sebati.

5. Masukkan adunan putih telur sedikit demi sedikit sambil dikaup balik hingga adunan sebati.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Kek Marble Susu

6. Ambil satu cawan adunan dan ratakan dalam tin pembakar. Bakar dengan api atas dan bawah selama 10 minit atau hingga permukaan kek berwarna perang.

7. Cucuk permukaan kek dgn garpu.Tekan lapisan ini dengan penekan kek agar rata. Sapukan permukaan kek dengan sedikit marjerin menggunakan berus kek.

8. Untuk lapisan kedua dan seterusnya, bakar menggunakan api atas saja.Ulangi proses melapis sehingga habis.

9. Akhir sekali tutup tin pembakar dgn kertas aluminium.Bakar semula dgn api atas dan bawah selama 15 minit supaya kek masak sepenuhnya.

Resepi Kek Lapis Indonesia