
Resepi Bingka Cheese Sarawak
Bahan A:
13 gm serbuk agar-agar
3 cawan air
1 cawan gula castor
Bahan B:
250 gm butter
250 gm cream cheese
200 gm susu pekat manis
3 biji telur
1 1/2 cawan tepung HongKong
1 sudu teh esen vanilla
Loyang 8 inci persegi disapukan sedikit butter dan alaskan dengan baking paper
Cara-Cara:
1. Masakkan semua bahan-bahan A hingga gula larut dan mendidih. Ketepikan.
2. Di dalam mixer, pukul telur hingga kembang. Masukkan butter dan esen vanilla dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan cream cheese dan susu pekat & pukul lagi hingga sebati. Masukkan tepung dan pukul hingga adunan sebati.
4. Tuangkan adunan agar-agar yang masih panas ke dalam adunan tepung dan pukul dengan high speed hingga sebati. Cepat-cepat tuangkan ke dalam loyang.
5. Oven hendaklah dipanaskan dahulu pada suhu 175°C. Bakar selama 1 jam atau sehingga permukaan kuih menjadi garing.
9. Biarkan kuih sejuk sepenuhnya.
Nota:
1. Saya gunakan tepung kek (cake flour) sebab takde stock tepung HongKong.
2. Saya hanya gunakan 150 gm susu pekat manis.
3. Saya lebihkan masa membakar kerana inginkan permukaan kuih yang garing.
Resepi Oleh: Aini Binte Madon