Kuih Muih

Resepi Kuih Talam Kacang Merah

resepi-kuih-talam-kacang-merah

Resepi Kuih Talam Kacang Merah

Bahan-Bahan:

Lapisan Bawah – Kacang Merah

1 tin kacang merah (425 gm – dikisar halus)
225 g tepung beras
50 g tepung kanji
150 g gula
700 ml santan cair + sikit garam
pewarna merah

Lapisan Atas – Santan

1 cawan tepung beras
3 cawan santan pekat + garam sikit

Cara Membuat:

Lapisan Bawah –

1. Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang.

2. Masukkan semua bahan kecuali kacang merah dan kacau rata. Tapiskan.

3. Masukkan kacang merah yang dimesin dan kacau rata.

4. Masukkan adunan ke dalam loyang dan kukuskan sehingga masak dalam 30 minit.

Lapisan Atas –

1. Gaulkan semua bahan dan tapiskan. Masakkan sikit adunan ini diatas api yang perlahan.

2. Bila adunan lapisan bawah telah masak, cakarkan sikit dengan garfu dan tuangkan adunan santan atas permukaan kacang merah tadi.

3. Kukus lagi selama 25 minit. Sejukkan betul-betul sebelum dipotong dan hidangkan.

resepi-kuih-talam-kacang-merah