Kek

Resepi Condensed Milk Cotton Cake

resepi-condensed-milk-cotton-cake

Resepi Condensed Milk Cotton Cake

Bahan-Bahan:

Bahan A –

40g butter
60g tepung gandum
60g susu pekat manis
4 biji kuning telur

Bahan B –

3 biji putih telur
45g gula kastor

Cara-cara:

1. Cairkan butter dengan api yang kecil hingga kita nampak buih-buih. Masukkan tepung gandum sambil terus dikacau hingga rata.

2. Masukkan susu pekat manis, kacau sebati. Kemudian, masukkan adunan ke dalam bekas yang ada kuning telur. Gaul lagi hingga sebati, ketepikan.

3. Pukul putih telur bersama gula hingga kembang. Kemudian, masukkan adunan putih telur tadi ke dalam adunan tepung sedikit demi sedikit.

4. Gaul dengan menggunakan spatula. Gaul hingga sebati semuanya. Panaskan oven pada suhu 160’C.

5. Masukkan adunan ke dalam loyang. Bakar dengan kaedah bain marie. Bakar sekama 45 minit hingga atau masak. Siap.

Tips:

– Untuk adunan kek kat atas satu (gambar) tu aznie buat yang original. Yang satu lagi aznie tambah dengan sikit oreo yang aznie hancurkn.
– Kaedah bain marie tu, kita bubuh loyang adunan kek ke dalam loyang yang lain yang telah kita bubuh air panas. Bakar hingga masak.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Japanese Cotton Caramel Cheesecake

Resepi Condensed Milk Cotton Cake

Sumber: Tintin Rayner
Dicuba oleh: Aznie Khasri