Resepi Kuih Cara Berlauk Daging
Siapa suka kuih cara berlauk letak inti banyak-banyak? Buat sendiri boleh letak inti banyak-banyak.
Bahan-Bahan Inti Daging:
- 100gm daging cincang (saya pakai daging kisar ramly)
- 1/2 biji bawang holland dipotong dadu
- 3 ulas bawang putih dipotong dadu
- 1 sb rempah kari daging dibancuh dengan 3 sb air panas
- daun sup
- gula dan garam secukupnya
Cara Buat:
1. Tumis bawang holland dan bawang putih sehingga naik bau. Kemudian masukkan rempah dan biar sehingga pecah minyak.
2. Bila dah pecah minyak masukkan daging, daun sup, gula dan garam. Masak sehingga daging kering.
Bahan-Bahan Untuk Kuih Cara:
- 2 1/2 cawan tepung gandum
- 1 biji telur
- 1 cawan santan
- 1 cawan air
- 1 sb kunyit atau sedikit pewarna kuning
- garam
Cara Buat:
1. Satukan semua bahan dan belender je. Sapu minyak pada acuan dan panaskan atas api kecil.
2. Bila acuan dah panas tuangkan adunan kuih cara. Kemudian letak daging, daun sup, daun bawang dan cili di atas adunan tadi.
3. Masak atas api yang kecil. Tutup acuan kuih tu ye, cucuk dengan lidi, kalau tak melekat dikira sudah masak. Siap.

Resepi Oleh: Nor Khomariah Norrohman