Kuih Muih

Resepi Kuih Lapis Pelangi

resepi-kuih-lapis-pelangi

Resepi Kuih Lapis Pelangi

Bahan-Bahan:

210gm tepung gandum
170gm tepung beras
70gm tepung ubi
1200ml santan sederhana pekat
800ml santan cair
320gm gula pasir
1/4 sudu teh garam
2 helai daun pandan di simpul
Pewarna

Loyang 10 x 10 – di gris

Cara Membuat:

1. Satukan semua tepung, garam dan santan ke dalam mangkuk besar, gaul hingga rata dan tidak berketul.

2. Masak santan cair, gula dan daun pandan hingga mendidih. Tutup api dan tuangkan ke dalam mangkuk adunan tepung, kacau dengan segera hingga betul-betul rata.

3. Tapis adunan dan bahagikan kepada 10 bahagian (250ml setiap satu). Bahagi kepada 5 bahagian warna asal dan 5 bahagian lagi di masukkan pewarna yang berlainan.

4. Panaskan pengukus, tuang 250ml warna asal dan kukus selama 4 min hingga masak. Kemudian tuang 250ml adunan biru, kukus hingga masak.

6. Ulangi langkah 4, berselang seli adunan warna asal dan adunan berwarna violet, pink dan oren hingga habis.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Kuih Permata Zamrud

7. Untuk lapisan terakhir tuang 250ml adunan hijau, tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 25 minit.

8. Angkat dan biarkan betul-betul sejuk baru di potong menggunakan pemotong kuih plastik. Hidangkan.

Kuih Lapis Pelangi