Kuih Muih

Resepi Kuih Kole Kacang

resepi-kuih-kole-kacang

Resepi Kuih Kole Kacang

Bahan-Bahan:
.
1 cawan santan pekat
1 cawan gula merah
2 sb gula pasir
1 cawan air
2 cawan santan
1 cawan tepung kacang hijau (cap kijang)
Beberapa helai daun pandan disimpul
Secubit garam
.
Cara Membuat:

1. Masak 1 cawan santan sehingga menjadi tahi minyak. Apabila siap, ambil tahi minyak yang terhasil dan biarkan dalam 2 sb lebihan minyaknya dalam kuali.

2. Masak gula merah, gula pasir, air dan daun pandan sehingga gula larut, Sejukkan dan ketepikan seketika.

3. Satukan tepung kacang hijau, santan, garam dan air gula merah dalam satu bekas dan kacau hingga sebati.

4. Masukkan adunan tadi ke dalam kuali yg berisi lebihan minyak kelapa tadi. Selalu di kacau agar tidak bergentel nanti.

5. Masak hingga pekat dan menggelembung sehingga agak berkilat. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah disapu dengan lebihan minyak tadi.

6. Taburkan dengan tahi minyak dan sejukkan sebelum boleh dipotong.

kuih-kole-kacang