Resepi Kuih Gunting Rangup Perisa Udang Kering
Buat kuih gunting untuk kudapan Cik Abang tengok bola malam ni. Isteri yang memahami kan?. Alhamdulillah. Siap dah. Puas hati sebab penuh perisa udang kering, rempah dan daun sup. Sekali-sekala kita jadilah orang Oil & Gas, main goreng-goreng.
Bahan-Bahan:
- 1 kg tepung gandum
- Segenggam daun sup
- 1 biji telur
- 5 sudu besar minyak masak
- air sejuk berais
- serbuk garlic salt
Bahan Kisar Halus:
- 6 sudu besar udang kering
- 10 batang cili kering
- 1 sudu besar ketumbar
- 1 sudu besar jintan putih
- 1/2 sudu besar jintan manis
- 1 sudu kecil garam
Cara Membuat:
1. Kisar semua bahan kisar dalam blender dan kisar sampai halus. Bila dah jadi serbuk, campurkan pada tepung gandum. Dalam pengisar kering, kisar segenggam daun sup. Dah halus, masukkan dalam adunan tepung.
2. Panaskan 5 sudu besar minyak masak. Bila dah panas, masukkan dalam adunan tepung. Gaul rata dengan sudu. Masukkan 1 biji telur. Uli sedikit. Masukkan air sejuk berais sedikit demi sedikit dalam adunan tepung. Uli hingga seakan doh tepung karipap.
3. Rehatkan adunan selama 20 minit. Canai nipis, saya guna mesin pasta. Setting doh paling tebal 1, paling nipis 7. Saya canai sampai no. 6. Gunakan pemotong pasta lebar. Gaul dengan sedikit tepung agar tak melekat. Goreng.
4. Bila dah garing, angkat, toskan dan tabur sikit “garlic salt”. Sejukkan dan masukkan dalam balang kedap udara. Siap!.
Guna Mesin Pasta Macam Ni, Nak Buat Kuih atau Mi Pun Boleh >> KLIK DI SINI

Resipi Oleh: Ida Alina Salleh


