
Resepi Kuah Rojak Singapura
Bahan-Bahan:
450 gm keledek – direbus empuk
2.5 liter air
2 sudu makan serbuk cili
3 sudu makan gula merah + gula pasir (ikut citarasa masing-masing)
1/2 sudu makan asam jawa + 2 sudu makan air (pekat)
2-3 sudu makan kacang tanah – digoreng & dikisar halus (guna sikit untuk dapatkan rasa)
Sedikit bijan yang goreng tanpa minyak
Bahan Sampingan –
Sengkuang
Timun
Tauhu goreng
Kentang – direbus, dihiris, digoreng keperangan
Telur – direbus, dihiris
Cara Membuat:
1. Kisar keledek dengan air rebusan keledek tadi hingga halus.
2. Serbuk cili direbus dengan sedikit air di dalam mangkuk yang berasingan sehingga sebati.
3. Masukkan keledek yang telah dikisar dan dimasukkan di dalam mangkuk dan tuangkan cili serbuk yang telah di rebus tadi ke dalam mangkuk keledek dan masak dengan api yang perlahan.
4. Selepas itu masukkan gula merah dan air asam jawa yang pekat. Kalau ada jem nenas bolehlah diletak sikit untuk tambahkan kepekatan kuah. Tambahkan gula.
5. Masukkan sedikit pewarna merah untuk menaikkan warna. Kalau kuah dah pekat masukkan kacang tanah yang telah dikisar.
6. Akhir sekali, bolehlah dimasukkan bijan goreng dan dikacau sehingga sebati. Hidangkan kuah rojak dengan bahan sampingan.