Resepi Kuah Percik Kelantan Warisan Mok
Ben ni orang kampung datang cari rezeki di bandar. Kalau makan ikan percik tapi bakar atas dapur gas, oven rasa tak boleh telan di tekak. Kena cara tradisi camni baru umphhh. Beli pula ikan selar dalam berat 250 setiap ekor, baru lagi sedap. Ini resepi penuh dia.
Bahan-Bahan: Untuk 700-900 gram ikan.
- 3 ulas bawang merah saiz 20 sen
- 1 sudu teh ketumbar disangai
- 1/2 sudu makan cili kisar
- 1/3 inci belacan
- 1/4 inci hirisan halia
- 1 ulas bawang putih kecil
- 1 batang serai diketuk
Cara Buat:
1. Kisar lumat semua bahan dengan 25ml air. Tuang dalam periuk. Tambah 200 ml santan pekat. Letak serai. Perah asam limau nipis sehiris. Nak guna santan segar pun boleh.
2. Tambah masuk 2/3 sudu makan gula, 1 sudu teh garam, 1 sudu teh serbuk perasa. Masak dengan api sederhana dan sentiasa kacau untuk elak berketul. Bila dah berbuih naik wap, tutup api. Siap.
3. Tak perlu letak tepung. Penggunaan tepung hanya untuk jimatkan kos. Ganggu rasa kuah percik yang sebenar. Sukatan ini cukup elok dengan kuantiti ikan. Lebihan 1/2 mangkuk kecil sahaja.
Bahan Perap Ikan: Untuk Ikan 700-900 gram
- 3 ulas bawang putih sederhana
- 1 inci kunyit
- 1/2 inci halia
- 1 sudu teh garam
+ Kisar semua bahan lumat. Sapu pada ikan selar yang dikelar. Perap 40 minit minima. Letak dalam peti.
Ada tips nak dapatkan cantik seperti ini:
- 2 kali salutan kuah percik.
- Lepas bakar ikan atas arang hampir masak, cedok sapu kuah satu bahagian ikan, letak atas api sekejap dan teruskan salutan kali pada sebelah lagi serta proses sama.
- Masa cedok tu alas pinggan bawah. Untuk lapik kuah percik yang meleleh turun. Nanti boleh guna balik. Baru tak membazir.
- Orang cakap biar kena asap je dan tukarkan warna asal kuah percik. Jangan lama nanti kering kuah percik. Tak cantik.
Selamat mecuba resepi mudah kuah percik ala Kelantan warisan mok.

Resepi Oleh: Ben Safwan