Resepi Chocolate Raisin Bun

Resepi Chocolate Raisin Bun

Here’s something new I’m testing from a friends Zuraita Mohd Anua recipe (thanks dear), Chocolate Raisin Bun. Really tasty and not too sweet, just the way I like it, and just in time for the holidays. Siapa nak cuba buat rotibun ni resepi dia di bawah.

Bahan-Bahannya:

Bahan A –

  • 200ml air suam
  • 1 paket yis (11gm)
  • 4 sudu besar gula
  • 2 sudu besar susu pekat
  • *Campur semua dan tunggu kembang dalam 10 minit.

Bahan B –

  • 3 cawan setengah tepung roti
  • 2 sudu besar susu tepung
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • 1 sudu kecil bread improver (takde pun takpe)
  • 2 sudu besar butter/marjerin
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 biji telur

* Masukkan semua dalam bread maker

Cara Membuatnya:

1. Selepas bahan A kembang, masukkkan ke dalam bahan B. Set fungsi Dough pada bread maker. Kemudian, biarkan bread maker melakukan kerja menguli.

2. Apabila bread maker berhenti menguli kali pertama, masukkan chocolate chips dan kismis (kalau taknak letak inti). Kemudian tunggu sampai habis.

3. Cukup masa, keluarkan adunan dari bread maker. Bulat-bulatkan. Kalau ada inti, masukkkan inti waktu ini. Susun atas baking tray yang sudah disapu butter. Tunggu 30 minit lagi sampai roti naik sekali ganda.

4. Bakar 170c api bawah selama 10 minit. Kemudian bakar suhu 150-160c api atas bawah selama 10 minit lagi. Selepas masak, keluarkan dan sapu butter atas permukaan roti. Siap!

Cubalah, gerenti puas hati. Sedap dan lembut sangat.

Resepi Chocolate Raisin Bun

Resepi Oleh: Lina Thomas