Resepi Ayam Goreng Mudah Honey Chicken ala Korea
Dah brapa hari dah anak request nak korean honey chicken. Jadi, harini, kita sampaikan la hajat dia. Resepi ni simple sesangat. Kalau ramai rakyat dalam rumah yang suka, memang berbaloi baloi masak sendiri. Sapa yang ada anak kecik dan tak makan pedas pedas, memang sesuai sangat la cuba.
Bahan Perap Ayam:
- Ayam
- Sedikit halia parut
- Sedikit bawang putih cincang
- Serbuk lada hitam
- 1 bj telur
- Sedikit mushroom powder (takde pun takpe)
Perap semua bahan dengan ayam. Biarkan dalam 30 minit.
Bahan Tepung Salut Ayam:
- 1 bahagian tepung gandum
- 1 bahagian tepung kastard
- 1 bahagian tepung jagung
Gaul rata tepung ni. Pastu ambik ayam, salut dengan tepung dan terus goreng sampai masak.
Bahan Lain:
- 6 ulas bawang putih cincang
- 2 sudu besar butter
- 2-3 sudu besar madu
- 1 sudu brown sugar (kalau takde, pakai jek gula biasa)
- 2 sudu kicap Manis
- Bijan
- Sedikit daun bawang hiris
- Sedikit chili flakes
Cara Membuat Sos:
1. Panaskan butter. Masukkan bawang putih dan biar sampai naik bau. Letak sikit jek air. Tambah kicap, madu dan gula. Biar kuah pekat sikit. Masukkan ayam, bijan dan chili flakes.
2. Bila dah nak gaul rata, tutup api. Tabur kan daun bawang. Siap!!
Ayam goreng tu, kalau nak guna tepung bestari terus pun boleh. Boleh skip part perap perap bagai. Pilih yang tepung bestari campuran bawang putih. Goreng terus macam biasa.
Guna Tepung Goreng Jenis Ni, Ayam Dah Sejuk Pun Masih Rangup >> KLIK DI SINI
Selamat mencuba!
Resepi Oleh: Habibah Badar Bajrai