Kek

Resepi Kek Keju Oreo Mini

resepi-kek-keju-oreo-mini

Resepi Kek Keju Oreo Mini

Bahan-Bahan:

500gm krim keju
200gm gula kastor
2 sudu teh jus lemon
3 biji telur
160ml air

Lapisan Bawah Kek –

3 sudu makan mentega
300gm biskut oreo | dihancurkan

Cara Membuat:

1. Untuk lapisan bawah kek, cairkan mentega di dalam periuk dan masukkan biskut oreo yang telah dihancurkan. Gaul rata.

2. Kemudian, masukkan adunan oreo tadi ke dalam mangkuk ramekin dan tekan sehingga menjadi satu lapisan yang padat. Ketepikan.

3. Untuk kek, pukul keju dan gula kastor sehingga kembang, masukkan telur satu demi satu dan teruskan memukul hingga sebati.

4. Masukan jus lemon dan air, gaul sehingga sekata. Tuang adunan ke dalam mangkuk ramekin tadi.

5. Panaskan ketuhar pada suhu 180˚C dan bakar selama 30 minit atau hingga masak.

6. Setelah siap dibakar, sejukkan dan hiaskan mengikut kreativiti anda.

Kek Keju Oreo Mini