
Resepi Kek Lapis Holiday Inn
Walaupun Syawal dah hampir ke penghujung, sebab teringin dan boring, so gigih la melapis hari ini. Pengukus masih kat adik, gula hitam pun dah habis stock, so saya buat versi bakar pulak. Alhamdulillah masih moist even dibakar. Gambar ni diambik waktu malam, so hasilnya asal hado je la. Kek Lapis Holiday Inn ni sumpah sedap. Tak percaya, meh cuba sendiri.
Bahan-Bahan: Loyang 8” x 8” x 3”
- 500gm butter
- 200gm gula kastor
- 300gm susu pekat manis
- 10 biji telur gred A
- 1 sdk esen vanila
- 200gm tepung biskut marie (kisar biskut marie, ayak, dan sukat)
- 200gm horlicks
- 200gm milo
Cara-cara:
1. Satukan butter, gula, dan susu pekat. Putar sehingga putih dan gebu. Masukkan telur satu per satu. Putar sehingga kembang.Masukkan esen vanila.
2. Perlahankan mixer, masukkan tepung biskut marie sedikit demi sedikit hingga habis. Putar sekadar sebati. Off-kan mixer, kaub balik adunan dengan spatula.
3. Timbang adunan, kemudian bahagikan kepada 2 bahagian sama rata;
- Bahagian A: masukkan horlicks. Gaul.
- Bahagian B: masukkan milo. Gaul.
4. Panaskan oven dengan suhu 170’C api atas sahaja (Lain oven lain suhunya, ya). Sediakan loyang, alas dasarnya, dan gris dengan mentega dan tabur sedikit tepung. Terbalikkan loyang untuk membuang sisa tepung.
5. Masukkan sekitar 145gm adunan horlicks. Ratakan. Bakar sekitar 7 minit atau sehingga adunan masak (sentuh dengan jari, kalau tak melekat di jari, adunan pun kental dah boleh lapis).
6. Masukkan pula 145gm adunan milo. Ratakan dan bakar. Ulang langkah melapis adunan horlicks dan milo berselang seli sehingga habis.
Nota: Semakin tinggi kek, maka semakin dekatlah dengan grill. So lapisan kek yang semakin tinggi akan lebih cepat masak. Turunkan suhu atau singkatkan masa bakar.

Resepi Oleh: Noy Yullan