Resepi Ayam Goreng Madu Jelita
(untuk 6 ketul ayam – lebih sedap guna bahagian kepak ayam)
Bahan Kisar:
- 1 1/2 inci setengah halia
- 1 batang serai
- 1/2 bawang besar Holland
- 2 ulas bawang putih
- 1 sudu besar biji ketumbar
- 1 sudu besar jintan putih
- 1 sudu besar cili kering kisar
* Kisar lumat dengan 1/2 senduk air + 1 senduk kicap Jalen lemak manis
Cara Buat:
1. Susun ayam dalam periuk. Masukkan bahan kisar tadi ke dalamnya. Masukkan juga 3 sudu besar gula dan secubit, dua garam.
2. Kemudian, masukkan juga sedikit serbuk pewarna merah terang. Ratakan kesemuanya.
3. Rebus ayam dalam api yang perlahan hingga ayam separa empuk. Tutup periuk. Setelah ayam direbus, biarkan seketika untuk rasanya lebih mesra.
4. Goreng dalam minyak panas. Gunakan api sederhana besar, balik-balikkan. Angkat setelah ayam agak garing dan ketepikan.
5. Seterusnya dalam pan tidak lekat, masukkan baki air rebusan ayam tadi untuk langkah ‘saute’.
6. Kemudian, masukkan 1 sudu besar madu serta secubit garam. Sesuaikan rasa ikut citarasa sendiri. Rasanya perlu lebih manis menyerlah dan seimbangkan rasa masin dengan secubit dua garam.
7. Masukkan ayam yang sudah digoreng tadi, balik-balikkan. Biarkan sos melekat pada ayam. Siap, sedia untuk dihidangkan.
Nota: Selepas diangkat, cikgu suka bau ayam seolah dibakar dan sos tadi lebih kering pada ayam. Gunakan penyepit dan layurkan ayam seketika atas api gas. Hati-hati untuk mengelakkan risiko dapur gas tersumbat atau lain-lain.
Resepi Oleh: Afy AL Habibi