Kek

Resepi Kek Gula Hangus

resepi-kek-gula-hangus

Resepi Kek Gula Hangus

Bahan-Bahan:

1 cawan gula
1 cawan air panas
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu pekat
2 camca teh soda bikarbonat
4 biji telur
2 camca besar mentega

Cara Membuat:

1. Mula-mula cairkan gula dahulu untuk membuat gula hangus. Ratakan gula dan biarkan gula mencair dengan api yang perlahan. Jangan kacau sebab nanti ia berketul-ketul. Tapi pastikan api perlahan dan pastikan gula tidak hangus.

2. Bila gula dah cair dan perang, barulah tuangkan air panas sedikit demi sedikit. Jika guna air panas dia kurang sedikit merecik berbanding air sejuk. Sebatikan.

3. Masukkan mentega biarkan cair, sejukkan. Bila mentega dan gula dah sejuk, barulah sediakan bahan yang lain.

4. Pecahkan telur dalam bekas dan kacau hingga telur cair dan rata, jangan pukul, cuma kacau dengan senduk kayu hingga ia cair dan rata

5. Kemudian masukkan susu pekat. Kemudian kacau rata. Bila dah rata, masukkan mentega cair, dan kacau rata secara perlahan. Masukkan esen vanilla.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Kek Pisang Blend Moist Gebu

6. masukkan pula tepung yang diayak dengan soda bikarbonat. Kacau rata perlahan. Akhir sekali tuangkan gula hangus dan kacau rata.

7. Tuangkan bahan dalam loyang 7×7 inci yang telah di lapik dengan kertas pembakar dan dioleskan sedikit butter. Kemudian perap aduan ini seketika.

8. Bila dah perap barulah dimasukkan ke dalam ketuhar yang telah di panaskan terlebih dahulu selama 15 minit pada suhu 170C. Bakar selama 30 minit.

kek-gula-hangus