Kuih Muih

Resepi Kuih Badak Berendam

resepi-kuih-badak-berendam

Resepi Kuih Badak Berendam

Bahan-Bahan:

Bahan Inti –

1/2 biji kelapa parut
2 sudu besar gula pasir
gula melaka secukupnya
2 sudu besar gula pasir
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu besar tepung gandum
1 helai dauh pandan – ikat simpul

Bahan Kuih Badak –

2 cawan tepung pulut
1 1/2 cawan air pandan (tak perlu pekat sangat)
1/2 sudu kecil garam
pewarna merah
pewarna hijau

Bahan Kuah Santan –

3 cawan santan
3 sudu besar tepung beras, bancuh dengan sedikit air
1 sudu kecil garam
1 helai daun pandan, ikat simpul

Cara Membuat:

Inti Kelapa –

1. Panaskan kuali. Masukkan kelapa, gula melaka, dan gula pasir. Kacau bersama daun pandan yang disimpul bersama air. Pastikan inti kelapa ini cukup manisnya. Kalau kurang manis, tambah lagi ketulan gula melaka.

2. Bila agak kering taburkan tepung gandum dan terus kacau sehingga masak supaya inti melekat, senang dibuat bulat.

Kuih Badak –

1. Bancuh tepung pulut bersama air pandan dan garam sehingga menjadi doh yang lembut dan boleh dibentuk bulat.

2. Bahagikan kepada dua bahagian. Satu bahagian di uli sekata bersama pewarna hijau, dan satu bahagian lagi di uli bersama pewarna merah.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Kuih lapis Pisang

3. Bulatkan sebesar ibu jari dan leperkan. Masukkan inti kelapa dan bulatkan dengan kemas.

4. Rebus bebola di dalam air mendidih sehingga timbul di permukaan. Sejat air dan masukkan ke dalam mangkuk atau cawan.

Kuah Santan –

1. Masak santan bersama bancuhan tepung beras, garam dan daun pandan.

2. Masak di atas api perlahan dan kacau sehingga mendidih. Pastikan anda selalau kacau kuah supaya tidak berketul.

3. Hidangkan bersama bebola badak berendam tadi.

kuih-badak-berendam