Kek

Resepi Kek Diet Low Carb Almond Cake

resepi-kek-diet-low-carb-almond-cake

Resepi Kek Diet Low Carb Almond Cake

Ada tak kat sini tengah diet, tapi teringin sangat nak makan kek? Boleh try resepi Low Carb Almond Cake ni ye. Rasa memang tak mengecewakan. 0 sugar, 0 tepung gandum, 0 oil/butter/marjerin. Yang ada kencing manis pun insyaAllah boleh makan. Satu potong cuma 83 kalori, net carb 1.0g. Guna 5 bahan je.

Bahan-Bahan:

  • 4 biji telur (asingkan putih dan kuning telur)
  • 1 cup almond ground – Beli di sini >> Tepung Badam
  • 2/3 sweetener (naz guna Lakanto), stevia pun boleh guna. Alternatif lain guna madu/buah kurma, tapi ni high kalori sikit la nanti, tapi masih pilihan yang sihat.
  • 1 sk esen vanila
  • 1 sk baking powder

Cara Membuat:

1. Dalam mangkuk A, masuk kuning telur, esen vanila dan sweetener. Pukul kejap. Masukkan almond ground, gaul sebati. Guna sudip je ni.

2. Dalam mangkuk B yang ada telur putih tadi, pukul sampai jadi meringue. Kaup sikit-sikit masuk dalam mangkuk A. Gaul rata dan ulang-ulang sampai habis.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Kek Mudah 6 Bahan, Boleh Kukus atau Bakar

3. Lapik baking paper dalam tray, tuang adunan tadi. Boleh tabur almond nibs atau flakes atas dia untuk hiasan. Bakar dengan suhu 180°c, dalam sejam. Atau ikutla oven masing-masing ye.

Siap! Selamat mencuba.

Resepi Kek Diet Low Carb Almond Cake

Resepi Oleh: Sharinaz Redwan