
Resepi Puding Ais Krim Kiwi
Bahan-Bahan:
Buah kiwi secukupnya – dihiris tipis, bulat
Bahan A –
1 sudu makan agar-agar serbuk
100 gm gula pasir
500 ml air
100 ml fresh milk
Bahan B –
2 sdm tepung kastard
70 ml air
150 ml ais krim vanila
sedikit pewarna hijau
Cara Membuat:
1. Susun kiwi dalam mangkuk acuan. Kemudian, simpan dalam peti sejuk.
2. Bancuh sebati bahan B. Ketepikan.
3. Masak bahan A hingga mendidih, kemudian kecilkan api dan masukkan bahan B sambil dikacau-kacau.
4. Masak lagi hingga bahan mendidih dan pekat.
5. Keluarkan acuan tadi dari peti sejuk, lalu tuangkan bahan puding ke dalam acuan. Biarkan seketika.
6. Bila dah agak sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Hidangkan.