Resepi Kek Blue Velvet
Bahan-Bahan:
- 85g mentega UNSALTED, lembut (saya guna Anchor)
- 160ml minyak sayur (saya guna Daisy)
- 450g gula caster
- 1 sudu teh vanila esen (kalau boleh dapat esen tiada warna, lagi baik)
- 350g tepung serbaguna (saya guna Baker’s Choice)
- 1 sudu besar baking powder
- 1 sudu teh garam
- 240ml susu
- 6 putih telur (gred A/B)
- 1/4 cream of tartar
- 2 sudu teh colour paste royal blue (boleh beli di kedai kek)
- 1 titik colour paste violet (boleh beli di kedai kek)
Kaedah Membuat Kek:
1. Panaskan ketuhar kepada 175 darjah C. Sapu 2 dulang kek bulat 8″ dengan mentega.
2. Ayak tepung. Tambah baking powder dan garam. Kacau perlahan dengan whisk tangan atau sudu. Tepikan. Gunakan mixer, pada kelajuan sederhana untuk pukul butter sehingga berkrim.
3. Tambah gula dan minyak, pukul sehingga sebati dan nampak berkrim. Gunakan spatula untuk mengikis tepi mangkuk, tambah vanila esen dan pukul.
4. Secara beransur, dan selang seli, masukkan tepung ke dalam campuran butter. Pukul dengan kelajuan sederhana. Pastikan semua bahan digabungkan sebelum menambah sus atau campuran tepung. Apabila adunan sebati, tepikan.
5. Dalam mangkuk asing, pukul putih telur sehingga berbuih. Tambah cream of tartar. Pukul dengan kelajuan sederhana sehingga bertanduk kaku.
6. Gunakan spatula dan dengan perlahan, campurkan meringue (putih telur) ke dalam adunan anda. Pastikan semua bahan bergabung dan sebati. Tambah pewarna biru dan violet. Jangan kacau terlalu kuat atau terlalu banyak.
7. Bahagikan adunan ke dalam dulang yang telah disediakan. Bakar selama 30-40 minit, api atas bawah, sehingga lidi yang dicucuk di tengah kek bersih.
8. Keluarkan, biarkan sejuk dan boleh hias dengan cream cheese frosting atau vanilla buttercream.
Tips Tambahan:
- Saya menggunakan colour paste sebab warna lebih pekat. Kalau tiada colour paste, boleh guna gel colouring seperti Americolor atau jenama lain tapi sukatan mungkin berlainan.
- Kalau warna violet tidak digunakan atau warna biru yang betul tidak digunakan, kek akan menjadi warna hijau atau biru pudar.
- Untuk sesetengah oven, atas kek akan menjadi warna golden brown. Jangan bimbang, pastikan kek sudah bakar sebelum keluarkan.
- Meringue. Pastikan berhenti apabila bertanduk kaku. Jangan overbeat.
- Pastikan meringue dimasukkan ke dalam adunan tepung dan bukan sebaliknya.

Resepi Oleh: Christine Annamal