Resepi Garlic Cheese Naan

Kami sekeluarga suka garlic cheese naan panas-panas. Tapi ada masanya, tak rasa rajin nak makan di luar. Alhamdulillah, membuatnya pun tak susah sangat. Saya masak atas dapur gunakan tempat masak roti canai.

Resepi Garlic Cheese Naan

Bahan-Bahan:

Susu suam 1 cawan setengah
Gula 2 sudu kecil
1 bungkus kecil yis kering (11gm)
Yogurt – 3 sudu besar
Butter cair 3 sudu besar
Garam secukup rasa
Tepung gandum 4 cawan

10 ulas bawang putih cincang
Cheese parut (saya campurkan mozzarella dan cheddar)
Campuran butter cair dengan daun ketumbar cincang dan lada hijau cincang untuk di sapu atas roti yang telah di masak.

Cara Buat:

1. Campurkan susu suam, gula dan yis kering. Biarkan berbuih dalam 10 minit.

2. Campurkan campuran yis dalam tepung. Uli dan campurkan yogurt, butter cair. Uli hingga adunan licin dan tidak melekat pada tangan. Minyakkan bekas dan adunan roti. Biarkan ia naik hingga 2 kali ganda (90 minit).

3. Tumbuk adunan. Bahagi 8. Canai dengan pencanai, letakkan keju di tengah. Bulatkan macam bola dan biarkan 10 minit.

4. Panaskan tempat memasak. Canai bebola panjang dan lonjong. Tabur bawang putih cincang. Gunakan rolling pin untuk tekan bawang putih cincang dalam roti.

5. Masak roti atas kuali panas dengan api sederhana. Selepas 90 saat, terbalikkan. Bila elok masaknya, angkat dan sapu dengan butter cair yang telah dicampur dengan daun ketumbar dan lada hijau cincang. Siap.

Sedap dimakan dengan Ayam Tandoori, Kari Kambing, atau Sup Cendawan.

Resepi Garlic Cheese Naan

Resepi Oleh: Ida Alina Salleh – MAHN